7 SEBAB KENAPA KITA PERLU MEMAKAI WANGIAN

11:47:00 AM




Perfume bukan 1 keperluan tapi kemestian.. hehe... Yup , bagi saya tidak lengkap rasanya jika kita sudah berpakaian cantik menarik tetapi tidak menggunakan sedikit wangian pada diri sendiri... kenapa ya?
.
1) PERFUME MENAMBAH KEYAKINAN...
.
Jika badan kita berbau busuk.. adakah kita rasa yakin untuk berdepan dengan orang lain? mesti tak kan.. nak salam peluk pun kita rasa tidak selesa... Begitu juga sebaliknya jika kita berwangian.. automatic kita mula rasa confident , ia terjadi dengan sendirinya..
.
2) PERFUME MENAMBAH ENERGY.
.
Ketika kita keletihan / rasa ngantuk bukan kopi / gula2 sahaja yang boleh memberi tenaga.. cuba spray sedikit perfume... kita mula rasa segar kembali .. kerana wangian mampu memberi kesegaran yang baru , aromanya mengejutkan kita...
.
3) PERFUME BERI RASA happy PADA DIRI & ORANG YANG BAU.
.
Perfumes mampu membantu hormon kegembiraan. Bila kita rasa tertekan, atau kegelisahan.. perfumes boleh mengembalikan rasa bahagia dan tenang.. Caranya.. tarik nafas dalam2 dan lepaskan.. kemudian spray sedikit perfume.. especially bau2 note yang fresh.
.
4) PERFUME boleh MENGGAMIT MEMORI
.
BILA saya memakai perfumes narciso, saya teringat zaman percintaan saya.. i love the memory to comeback... dan ketika saya memakai perfumes LANVIN MARRY ME.. saya teringat waktu pernikahan & perkahwinan.. terimbas segar... Perfumes mempunyai kekuatan ingatan pada satu2 peristiwa.. Jika kita mahu mempunyai ingatan pada satu2 memory, cuber tukar perfumes yang biasa kita pakai kepada bau perfumes baru... it's help u to remember the memory
.
5) PERFUME MEMBANTU MENGUATKAN INGATAN
.
Seorang ilmuan pernah share dengan saya rahsia menguatkan ingatan.. ialah dengan memakai wangian, dan menasihatkan pelajar-pelajar sebelum belajar perlulah memakai wangian untuk membantu ingatan dan seterusnya membantu ketika menjawab soalan ketika peperiksaan.. Wow.. hebatkan.. ? ibu2 jangan lupa lepas ni semburkan wangian buat anak-anak anda... cukuplah seadanya..
.
6) PERFUME mampu menggoda SUAMI ISTERI.
.
Yup , perfumes mampu merangsang hormon sexuality.. Jangan salah gunakan ya.. hehe.. Pakai lah wangian walaupun dirumah...untuk suami dan isteri kita.. Saya sarankan bau bauan yang tertentu untuk suami isteri. Sila dapatkan nasihat daripada pakar perfumes anda... hehe.. Kebahagian kita datangnya dari rumah.. berwangi - wangian untuk orang-orang yang tersayang sangat perlu . Bukan hanya spray ketika mahu keluar rumah...
.
7) PERFUME adalah SUNNAH..
.
Saya yakin ramai yang tahu, berwangi wangian itu sunnah rasullullah ,
.
Setiap manusia mempunyai minat. Suka kepada sesuatu. Apakah benda yang ada di dunia yang disukai oleh Nabi S.A.W?
.
Sabda Nabi S.A.W : “ Perkara yang disukai oleh aku daripada dunia, wanita yang halal dan wangian.” Wangian dan haruman yang bagus adalah perkara yang disukai oleh Nabi S.A.W.
.
Tak syak lagi, sukanya baginda kepada wangian kerana naluri fitrah seseorang manusia yang normal. Setiap orang jika fitrahnya baik, jika kejadiannya baik, jika kemanusiaanya baik sudah tentu dia akan suka kepada wangian. Sebaliknya akan membenci, seperti Nabi S.A.W yang tidak suka kepada bauan yang busuk. Nabi S.A.W benci jika terlihat atau terbau benda yang busuk. Rasulullah tak suka makan bawang putih, merah dan tumbuhan yang berbau busuk. Apabila baginda ditanya tentang ini.
.
“Saya seorang pemohon”. Bermaksud, aku memohon kepada tuhanku dan malaikat turun kepadaku,sebab itulah aku tak mahu ada padaku bau busuk. Berwangi menyegarkan jiwa untuk beribadah.
.
Nabi jadikan wangian, 1/3 dari mas kahwin Fatimah Antara sunnah dalam wangian. Nabi S.A.W mengajar kita agar tidak menolak wangian. Sesiapa yang mendapat wangian sebagai hadiah atau diberi wangian di tempat khusus maka janganlah dia tolak wangian tersebut kerana dia adalah nikmat kurnian Allah S.W.T kepada manusia.
.
Semoga Bermanfaat
www.dexandrareview.com

You Might Also Like

0 comments